Home Dunia IS mengaku terlibat rempuh pasar Krismas

IS mengaku terlibat rempuh pasar Krismas

Beginilah keadaan trak yang merempuh pasar Krismas di Berlin hingga menyebabkan 12 orang terkorban. Foto Agensi

BERLIN – Kumpulan IS mengakui salah seorang daripada ahlinya terlibat merempuh pasar Krismas Berlin hingga menyebabkan 12 orang terbunuh.

Kejadian rempuhan trak di pasar Krismas itu juga telah mengakibatkan 49 orang cedera.

Identiti penyerang belum disahkan lantaran itu pengakuan tersebut tidak dapat ditentukan lagi.

Pendakwa raya Jerman telah membebaskan satu-satunya saspek dalam kejadian itu berikutan tidak ada bukti.

Lelaki itu dipercayai dari Pakistan.

Para pegawai polis mencadangkan pelaku atau pelaku-pelaku mungkin sedang merancang.

Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas De Maiziere yang berhati-hati dengan pengakuan IS itu, berkata, siasatan sedang dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast