Virgil van Dijk FOTO: Daily Mail.
Pep Guardiola bakal mendapatkan bintang pertahanan Southampton, Virgil van Dijk menjelang Januari ini untuk menguatkan skuadnya yang goyah. FOTO: Daily Mail
Pep Guardiola. FOTO: Daily Mail

Manchester City dijangka membuat rombakan pada bahagian pertahanan yang dilihat goyah dalam beberapa perlawanan penting sebelum ini.

Pengurusnya, Pep Guardiola merancang untuk mendapatkan pemain pertahanan Southampton, Virgil van Dijk dengan menawarkan £50 juta menjelang musim perpindahan Januari ini.

Difahamkan perbincangan telah diadakan sejak dua minggu lagi bagi memuktamadkan perpindahan pemain Belanda itu.

Guardiola juga dikatakan berada pada kedudukan terbaik untuk mengikat pemain berusia 25 tahun itu.

Van Dijk yang sedar terhadap minat City dan sememangnya sukar untuk menolak tawaran lumayan selain dapat beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain sedang menguruskan proses pembelian pemain itu namun jika usaha itu gagal, maka pemain tersebut akan terus dipantau untuk dibeli selepas musim ini tamat.

Pengurus City itu kini berdepan krisis pertahanan yang lemah walaupun telah membelanjakan sejumlah wang yang besar dengan pemain pertahanan Everton, Jone Stone pada awal musim ini.

Sepanjang musim City hanya mampu merekodkan tiga kemenangan tanpa bolos daripada 17 perlawanan dan berikutan itu Guardiola mengambil keputusan untuk menguatkan jentera pertahanannya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast