Petra Kvitova

Juara Wimbledon dua kali, Petra Kvitova mungkin kembali beraksi dalam tempoh enam bulan selepas diserang dengan pisau.

Pemain warga Czech berusia 26 tahun itu menjalani pembedahan tangan kiri selepas dikerat pencuri yang memecah masuk kediamannya pada Selasa lalu.

Dia bakal beraksi menjelang Jun 2017.

Pakar bedah, Radek Kebrle berkata, pembedahan pada tangan Petra lancar dan dia mampu pulih pantas dan kembali beraksi atas gelanggang selepas enam bulan lagi.

Petra yang menjuarai Wimbledon pada 2011 dan 2014 kini menduduki ranking ke-11 dunia.

Bintang tenis terkemuka dunia iaitu Rafael Nadal dalam akaun twitternya, turut berkongsi mesej supaya ratu wanita itu pulih dengan cepat.- the Sun.uk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast