Kedua-dua jenama coklat popular itu juga tidak memperoleh sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan coklat jenama Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Kedua-dua jenama coklat popular itu juga tidak memperoleh sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.

“Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook jabatan itu.

Orang ramai boleh melayari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman Facebook Bahagian Hab Halal di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ jika terdapat sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang diviralkan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast