A vessel carrying approximately 200 irregular migrants sank off the coasts of Rhodes island in southeastern Aegean Sea on Monday, April 20, 2015, local authorities said. At least three people died in the accident. European Union officials gathered for an emergency meeting Monday, after hundreds of people are believed to have died in what could be the Mediterranean's deadliest migrant disaster. (Xinhua/Zuma Press/TNS)

Jumlah pendatang tanpa izin yang lemas di Mediterranean ketika cuba memasuki Eropah kini mencecah seramai 5,000 orang.

Ia adalah jumlah tahunan tertinggi, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Angka-angka terkini yang dikeluarkan oleh agensi pelarian PBB, termasuk 100 kematian dilaporkan pada hari Khamis lalu selepas dua bot getah tenggelam di luar Itali.

Jumlah itu menurun disebabkan cuaca buruk.

PBB berkata, Eropah perlu melaksanakan ndang-undang untuk pelarian mencari perlindungan keselamatan.

Jurucakap PBB, William Spindler berkata, peningkatan dalam kematian adalah “membimbangkan” dan amalan penyeludupan menghantar beribu-ribu pendatang menyukarkan penyelamat daripada menyelamatkan mereka semua.

Hampir 360,000 pendatang memasuki Eropah melalui laut tahun ini, kebanyakannya tiba di Itali dan Greece, kata Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM).

Purata rekod kematian di Mediterranean  seramai 14 orang setiap hari walaupun jumlah keseluruhan orang yang menyeberangi sempadan merosot. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast