Instagram Nazir Razak yang mempersoal tindakan Felda membeli saham Eagle High.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Nazir Razak mempersoal tindakan Felda mengambil alih 37 peratus kepentingan dalam Indonesia PT Eagle tinggi Plantations Tbk pada harga AS$505.4 juta (RM2.26 bilion).

Pengerusi CIMB Group Holdings itu mahu lembaga pengarah Felda memperincikan pengambilalihan dan penilaian transaksi itu meskipun ia tidak dibuat oleh Felda Global Ventures Berhads (FGV).

“Felda mengumumkan membeli 37 peratus dalam Eagle High pada harga AS$ 505 juta atau 580 rupiah harga sesaham.Purata harata Eagle High pada Novemer 212 rupiah sesaham, jadi premium 173 peratus bagi bukan kepentingan yang dikawal.

“Saya berharap lembaga akan memperincikan sepenuhnya pengambilalihan dan penilaian walaupun perjanjian itu tidak lagi dibuat oleh FGV disenaraikan (Felda Global Ventures Bhd),” katanya dalam mesej yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Mesej itu turut dimuat naik bersama gambar hitam putih ayahandanya, Tun Razak Hussein, dipercayai bersama dengan kumpulan awal peneroka.

Semalam, Felda dalam kenyataannya berkata, pengambilalihan itu selari dengan sasarannta untuk menjadi kumpulan terbesar dunia minyak sawit.

Pengambilalihan itu melalui anak syarikat Felda, FIC Properties Sdn. Bhd. (FICP) yang telah menandatangani penjanjian penjualan dan pembelian dengan Rajawali Group untuk memiliki Eagle High, yang juga salah sebuah syarikat perladangan terbesar di Indonesia.

Dengan perjanjian itu, Felda menjadi salah sebuah syarikat yang memiliki lebih daripada 320,000 hektar bank tanah di Indonesia.

Perincian tentang pengambilalihan itu tidak dapat disediakan pada masa ini kerana perjanjian itu tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia.

Dalam pada itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV memaklumkan semua rundingan Eagle High telah dibatalkan.

Pada Jun tahun lalu, FGV mengumumkan untuk membeli 30 peratus kepentingan Eagle High pada harga AS$632 juta secara tunai dan 7.0 peratus kepentingan melalui terbitan 95 juta saham baru FGV bernilai AS$48 juta, yang membawa kepada jumlah sebanyak AS$680 juta atau kira-kira RM2.90 bilion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast