Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak bersetuju dengan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengatakan Bantuan Wang Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah.

Menurut Presiden PKR itu, bantuan berkenaan memang menjadi tanggung jawab kerajaan kepada rakyat.

“Mereka ini golongan yang layak untuk mendapat bantuan daripada kerajaan dan dengan itu kerajaan perlu memberinya,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tetap mengkritik BR1M yang tidak diberikan kepada semua orang.

“Bukan semua orang mendapat BR1M tetapi semua rakyat terpaksa membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST),” katanya lagi.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir mendakwa BR1M adalah salah satu jenis rasuah dan ianya adalah haram atau menjadi satu jenayah dari sudut perundangan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast