LONDON – Harga minyak masih stabil selepas menerima berlaku kejutan peningkatan inventori Amerika Syarikat (AS).
Peningkatan pengeluaran itu menahan lonjakan harga minyak mentah dunia ke paras tertinggi 18 bulan.
Minyak mentak AS turun sebanyak AS$0.10 kepada AS$53.96 manakala Brent mentah meningkat kepada AS$56.42 setong.
Kedua-dua penanda aras minyak itu menyaksikan kenaikan besar bulan ini OPEC dan pengeluar minyak lain bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bagi menangani lebihan bekalan.
Pasaran dalam keadaan yang baik walaupun ia mungkin gagal untuk membuat lonjakan yang ketara tahun ini, kata penganalisis Tamas Varga, seorang broker PVM Oil Associates.
“Jika itu berlaku, aliran menaik perlu diteruskan pada awal Januari,
Data yang dikeluarkan oleh kumpulan industri, American Petroleum Institute (API) menunjukkan pengeluaran minyak negara itu naik sebanyak 4.2 juta tong dalam stok minyak mentah pada minggu 23 Disember.
Penganalisis yang terlibat dalam tinjauan Reuters menjelang laporan itu mengunjurkan purata inventori akan merosot 2.1 juta tong.
Tetapi trend keseluruhan kelihatan meningkat dengan pengeluar minyak komited untuk mengurangkan bekalan.
Jawatankuasa OPEC dan pengeluar bukan OPEC akan bertemu di Vienna pada 21-22 Januari untuk membincangkan pematuhan perjanjian pengeluaran minyak, menteri minyak Kuwait, Essam Al-Marzouq kepada agensi berita KUNA.
“Brent akan mendapat kesan positif daripada perjanjian OPEC dan bukan OPEC sekiranya pengurangan itu dipersetujui dan dipatuhi dalam tempoh enam bulan akan datang,” kata penganalisis Philips Futures, Jonathan Chan. – MalaysiaGazette