Home Ekonomi Perkhidmatan TH boleh diakses melalui i-rakyat

Perkhidmatan TH boleh diakses melalui i-rakyat

Perkhidmatan Tabung Haji secara atas talian kini dapat dinikmati menerusi sistem perbankan internet Bank Rakyat, i-Rakyat.

Sistem perbankan internet i-Rakyat dapat diakses melalui pautan web www.irakyat.com.my.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Rakyat berkata, perkhidmatan ini membolehkan pelanggannya menguruskan urusan haji dengan lebih mudah tanpa perlu mengunjungi cawangan Tabung Haji dan Bank Rakyat.

“Antara kemudahan yang ditawarkan adalah semakan baki akaun Tabung Haji, pendaftaran haji, semakan status pendaftaran haji serta pindahan dana di antara akaun Simpanan-i Bank Rakyat dan akaun Tabung Haji.

“Pengguna perkhidmatan ini juga boleh menikmati kemudahan melaksanakan simpanan berjadual dari akaun Simpanan-i Bank Rakyat ke akaun Tabung Haji dengan had transaksi maksimum harian RM10,000,” kata bank koperasi Islam tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau melalui laman web www.bankrakyat.com.my. – MalaysiaGazette