Rodrigo Duterte turun dari helikopter semasa menghadiri mesyuarat Kabinet di luar Davos City pada bulan Jun lalu. Foto ABS-CBN

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengancam untuk mencampak pegawai-pegawai yang melakukan rasuah daripada helikopter dan mengakui pernah melakukannya sebelum ini.

“Jika anda melakukan rasuah, saya akan bawa anda menggunakan helikopter ke Manila dan mencampakkan kamu keluar,” katanya yang berusaha keras menangani rasuah dan dadah.

Jurucakapnya menafikan kenyataan itu, yang disifatkannya sebagai “legenda bandar”.

Kenyataan terkini itu dibuat oleh Duterte kepada mangsa-mangsa taufan di tengah Filipina.

Rakaman video ucapan itu dimuat turun oleh pejabatnya.

Duterte membuat ancaman itu kepada sesiapa sahaja yang mencuri bantuan kewangan yang dijanjikan kepada rakyat.

“Saya telah melakukannya sebelum ini, kenapa tidak saya melakukannya lagi,” katanya.

Beliau mendakwa mangsanya itu adalah penculik yang telah membunuh tebusan. Ia tidak jelas bila atau di mana kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun, Duterte enggan mengulas mengenai kenyataan yang dibuat itu.

“Helikopter untuk membuang seseorang? Dan jika itu adalah benar, saya tidak akan mengakuinya,” katanya dalam temu bual dengan berita ABS-CBN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast