Muhammad Hazim Ahmad (kanan) menunjukkan kebolehannya mengimbang bola sambil dibantu rakannya Ahmad Danial Yusoff dalam aksi akrobatik teknik persembahan gaya bebas bola sepak jalanan bagi mencari sumber kewangan tambahan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pusat membeli belah SOGO, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 31 DISEMBER 2016.
Seorang kanak-kanak yang mengambil kesempatan bergambar bersama seorang lelaki yang memainkan watak patung berupa perajurit sambil teruja dengan aksi yang ditonjolkan oleh lelaki itu pada tinjauan lensa Malaysia Gazette dalam orang ramai menghabiskan hari terakhir cuti menjelangnya tahun baru 2017 di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 31 DISEMBER 2016.
Shofie Asrozie yang merupakan seorang ahli seni ‘Spray Paint Art’ menunjukkan bakat seni beliau dalam menghasilkan seni lukisan menggunakan spray ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari terakhir cuti menjelangnya tahun baru 2017 di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 31 DISEMBER 2016.