BURUNDI – Menteri alam sekitar Burundi telah ditembak mati ketika dalam perjalanan balik ke rumah selepas sambutan Tahun Baru.
Emanuel Niyonkuru, 54, terbunuh kira-kira pukul 00:45 waktu tempatan (22:45 GMT) oleh penjenayah dengan pistol.
Tweet daripada Presiden Burundi, Pierre Nkurikiye berkata, seorang wanita yang bersama dengan Niyonkuru telah ditahan untuk disoal siasat berikutan tembakan itu.
Nkurunziza berkata, penjenayah itu tidak akan terlepas daripada hukuman.
Beratus-ratus orang, termasuk pegawai tentera berpangkat tinggi, telah terbunuh dalam pergolakan sejak Nkurunziza bertanding untuk penggal ketiga pada 2015.
Pergolakan itu berlaku selepas parti lawan menyifatkan kemenangan Nkurunziza tidak mengikut perlembagaan.
Kes tembakan menteri ini adalah kali pertama berlaku melibatkan menteri kerajaan. – MalaysiaGazette