Apple
Ibu pejabat Apple - Gambar Hiasan

Apple Inc merancang untuk membuka sebuah stor runcit di Korea Selatan, kedai pertama di negara pengeluar telefon pintar Samsung Electronic Co. Ltd.

Pembuat iPhone itu meletakkan notis pengambilan pekerja untuk 15 jawatan pada Khamis di dalam laman webnya.

Antara jawatan yang ditawarkan adalah pengurus kedai dan pengurus perniagaan.

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar serta bilakah pekerja-pekerja berkenaan akan memulakan tugas.

“Kami teruja mengenai pembukaan Apple Store pertama di Korea, salah sebuah pusat ekonomi dunia serta peneraju dalam telekomunikasi dan teknologi dengan budaya K yang meriah,” kata Apple kepada Reuters dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Apple sekarang sedang mencari pasukan yang boleh menawarkan pelanggan-pelanggan di Seoul dengan perkhidmatan dan hiburan yang disukai oleh pelanggan Apple di seluruh dunia.

Apple enggan memberi komen mengenai lokasi kedai berkenaan dan tarikh pembukaannya.

Namun agensi berita Korea, Yonhap dalam laporannya hari ini berkata, pembinaan kedai berkenaan sedang dijalankan di sebuah wilayah di selatan Seoul dan kerja-kerjanya dijangka siap menjelang akhir November ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast