SEPANG – Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd, Faiz Subri berlepas ke Zurich, Switzerland pagi tadi dengan ditemani isteri, Nurzawanis Hashim serta dua anaknya.

Faiz bakal menjadi tumpuan dunia sekiranya Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjadi miliknya pada hari penentuan, awal pagi Selasa ini (waktu Malaysia).

Jaringan ajaib pemain berusia 30 tahun itu melayakkan dia menjadi tiga calon terakhir anugerah berpestij bola sepak dunia itu.

Jaringan yang dilakukan pemain kelahiran Air Hitam itu ketika aksi Liga Super menentang Pahang berjaya menewaskan jaringan bintang ternama antaranya dua penggempur Barcelona, Lionel Messi dan Neymar.

Malah, dia turut mencipta sejarah apabila muncul selaku pemain Asia pertama berjaya dicalonkan dalam kelompok tiga calon terakhir bagi anugerah jaringan terbaik itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast