WASHINGTON – Ketidaktentuan oleh Brexit dan kehadiran Donald Trump di White House telah meletakkan pertumbuhan ekonomi dunia dalam risiko, kata Bank Dunia.
Organisasi yang berpangkalan di Washington berkata, tahun 2016 merupakan tahun paling lemah bagi ekonomi global sejak kemelesetan pada 2008-09 dan meningkatkan kebimbangan tekanan perlindungan kecuali kepesatan aktiviti meningkat.
Mengumumkan Prospek Ekonomi Global tahunan (GEP), bank itu berkata, pertumbuhan global tidak menepati ramalan setiap tahun sejak 2011.
Prestasi lembap oleh Amerika Syarikat dan kemelesetan ekonomi komoditi yang bergantung sepenuhnya kepada perdagangan menjejaskan pertumbuhan kepada 2.3 peratus turun daripada 2.7 peratus pada tahun 2015.
Bank Dunia menjangkakan prestasi sama pada tahun ini, sambil menambah, pengurangan cukai dan pelaburan awam yang dijanji Trump akan mempercepatkan pertumbuhan.
Ia menekankan, kesan rangsangan fiskal Trump boleh diimbangi dengan dasar perdagangan agresif yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya.
Bank Dunia juga telah menyemak semula ramalan pertumbuhan bagi United Kingdom bagi tahun 2017 dan 2018 yang menurun dengan ketara, walaupun prestasi ekonomi lebih kukuh daripada yang dijangkakan sejak undi Brexit Jun lalu.
Pertumbuhan ekonomi United Kingdom pada 2016 yang dikekalkan pada 2.0 peratus disemak kepada 1.2 peratus tahun ini dan 1.3 peratus pada tahun depan, berbanding 2.1 peratus yang diunjur buat kedua-dua tahun sebelum referendum.
Bank itu percaya, ketidaktentuan berlaku apabila United Kingdom memulakan proses meningkatkan Kesatuan Eropah akan meningkatkan kesan kepada keyakinan pelanggan dan perniagaan dan keputusan perbelanjaan dan pelaburan akan ditangguhkan.
Namun, apa yang berlaku di Amerika Syarikat akan memberi kesan besar kepada ekonomi global kerana negara itu memainkan peranan besar daLam ekonomi global, sebarang perubahan polisi dan hala tuju memberi kesan berganda. – MalaysiaGazette