Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengulangi cadangan agar Pas mengadakan perhimpunan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1965 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Dataran Merdeka kita tidak akan benarkan, tidak kira siapa. Saya sudah memberikan cadangan agar mereka (Pas) menggunakan Stadium Titiwangsa seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melaksanakan larangan terhadap sebarang perhimpunan daripada diadakan di Dataran Merdeka.

DBKL sebelum ini turut melarang Pas menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast