Home Ekonomi TPP sudah berkubur

TPP sudah berkubur

WASHINGTON – Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPP) sudah berkubur, menurut penasihat dasar pasukan peralihan Donald Trump.

Malah, beliau turut mengesahkan bahawa pentadbiran baharu Amerika Syarikat menganggap China sebagai pencetus perang ekonomi.

Menurut beliau, Trump, sebaliknya penuh minat meneruskan perjanjian perdagangan dua hala kepada pelbagai hala, kata penasihat pasukan peralihan tanpa enggan dikenali.

Trump yang menentang TPP menyifatkan perjanjian itu sebagai potensi memberi bencana kepada Amerika Syarikat dan berjanji sebelum ini akan membatalkannya sekira dilantik sebagai presiden.

TPP adalah hasil perjanjian perdagangan di bawah Presiden Obama yang bertujuan untuk menjalankan perdagangan dengan lebih mudah dalam kalangan negara-negara Pasifik – kecuali China, yang tidak menandatangani.

Walaupun perjanjian itu sudah ditandatangani pada bulan Februari lalu, TPP terhenti setakat itu.

Dan, sekarang, sumber mengesahkan TPP tidak akan ‘dihidupkan semula’.

“TPP sudah berkubur. TPP atau perjanjian pelbagai hala atau yang kelihatan seperti TPP tetapi dipanggil sesuatu yang lain, sudah mati,” katanya.

Penasihat itu berkata, Trump tidak menolak mengisytiharkan China sebagai manipulator mata wang atau mengenakan tarif ke atas barangan China sebagai satu cara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika Syarikat secara besar-besaran dengan China.

Bagaimanapun, beliau enggan membuat spekulasi berapa cepat penetapan mata wang kerana isu itu perlu disemak semula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast