Kamarul Zaki Abdul Malik

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia di rumahnya di Sungai Air Tawar, di sini, pagi ini.

Allahyarham ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi ini.

Menurut Pegawai Khasnya, Mohamad Fariq Roslan, beliau cuba menghubungi Allahyarham untuk memaklumkan program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi, tetapi tidak berjawab.

“Allahyarham sepatutnya menghadiri program itu pagi ini,” katanya di sini, hari ini.

Allahyarham Kamarol Zaki yang dikenali sebagai Cikgu Zaki adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dan juga Ketua UMNO Cawangan Sungai Air Tawar.

Beliau merupakan calon muka baharu yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding kerusi DUN Sungai Air Tawar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) tahun 2013. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast