Banjir lumpur di susur keluar Lebuh Raya Karak-Gombak akibat hujan lebat petang tadi.

KUALA LUMPUR – Banjir lumpur di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Hujan lebat kira-kira dua jam itu juga menyebabkan kejadian pokok tumbang terutama dari arah Gombak ke Ampang di MRR2.

IMG-20170117-WA0100

Banjir lumpur menutup ketiga-tiga lorong menyebabkan kenderaan kecil dan rendah tidak dapat melaluinya.

Banjir juga berlaku selepas susur keluar Lebuhraya Karak-Gombak (bertentangan dengan stesen pam minyak Shell).

Pengguna daripada arah Gombak yang ingin menuju ke arah Ampang dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif lain seperti Danau Kota dan Lebuhraya Duke.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast