Home Nasional Duterte sahkan penahanan anak lelaki pemimpin MNLF di Malaysia

Duterte sahkan penahanan anak lelaki pemimpin MNLF di Malaysia

DAVAO CITY – Presiden Filipina mengesahkan penahanan anak lelaki pemimpin Barisan Pembebasan Hadapan Moro (MNLF) di Malaysia yang didakwa terlibat dalam letupan di Davao City hingga mengorbankan 15 orang dan mencederakan 70 lain.

Rodrigo Duterte berkata, semua suspek yang terlibat dalam serangan di pasar malam itu telah ditahan.

“Saya telah tahan semua mereka. Salah seorangnya adalah anak Sema, Datuk Bandar Catabato. Dia ditahan di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, laporan mengenal pasti saspek sebagai Datu Mohamad Abduljabbar Sema, 26, anak lelaki Muslimin Sema, pemimpin MNLF.

Dalam serangan di Davao City pada 2 September tahun lalu itu turut menyebabkan sejumlah besar mangsa cedera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast