VIRGINIA – Presiden Donald Trump menyatakan sokongan penuh kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) selepas beliau secara terbuka menolak penilaian badan itu yang mendedahkan Rusia membantu kemenangannya pada pilihan raya lalu.
“Saya bersama anda 1,000 peratus,” katanya selepas mengadakan lawatan di ibu pejabat CIA di Virginia.
Lawatan Trump pada hari pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat bagi mengurangkan ketegangan antara beliau dan CIA.
“Saya sayang anda, saya hormati anda,” katanya kepada komuniti CIA sambil menyatakan mereka dalam gelombang yang sama untuk menentang radikal Islam.
Tambah beliau, Amerika Syarikat dan CIA tidak menggunakan keupayaan sepenuhnya dalam menentang ISIS.
Senat Amerika Syarikat belum lagi mengesahkan pelantikan ketua CIA, Mike Pompeo yang dipilih oleh Trump.
Pompeo, 53, adalah dianggap sebagai penentang dasar luar yang agresif, merupakan penentang pentadbiran Barack Obama. – MalaysiaGazette