Home Ekonomi OPEC, rakan setuju dengan cara pemantauan bekalan dunia

OPEC, rakan setuju dengan cara pemantauan bekalan dunia

LONDON – OPEC dan pengeluar minyak yang lain bersetuju dengan cara pemantauan pematuhan perjanjian bekalan pengurangan bekalan minyak pada bulan lalu, sekali gus meletakkan pasaran global di landasan semula selepas lebih dua tahun mengalami lebihan bekalan.

Negara-negara yang terlibat telah memotong bekalan minyak sebanyak 1.5 juta tong sehari, lebih daripada 80 peratus daripada sasaran kolektif mereka, sejak perjanjian berkuat kuasa pada 1 Januari depan, kata Menteri Tenaga dan Industri, Khalid Al-Falih kepada pemberita di Vienna.

“Pematuhan adalah besar – ia benar-benar hebat. Berdasarkan yang saya tahu, ia menjadi salah satu perjanjian terbaik,” kata Al-Falih.

Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Algeria dan Venezuela bertemu rakan-rakan dari negara-negara bukan OPEC iaitu Rusia dan Oman untuk mencari jalan pengesahan 24 penandatangan perjanjian 10 Disember bagi memenuhi janji menghapuskan 1.8 juta tong sehari dari pasaran selama enam bulan.

Ia membuktikan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum serius menghapuskan lebihan global dan menghilangkan keraguan yang berpunca daripada janji-janji yang tidak dipenuhi sebelum ini.

Menteri Minyak Kuwait, Essam Al-Marzouk, yang mempengerusikan Jawatankuasa Pemantauan lima anggota, muncul engan senyiman selepas mesyuarat selama sejam dengan mesej kejayaan.

Jawatankuasa itu, yang terdiri daripada menteri dari Kuwait, Rusia, Algeria, Venezuela dan Oman, akan bertemu pada 17 Mac di Kuwait dan sekali lagi pada bulan Mei.

Sekretariat OPEC akan mengemukakannya dalam laporan pada hari ke-17 setiap bulan, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Sekumpulan teknikal, yang terdiri daripada perwakilan dari setiap lima ahli jawatankuasa bersama-sama dengan Presiden OPEC Arab  Saudi, akan bertemu setiap bulan untuk menyediakan laporan lengkap.

Jawatankuasa pemantauan akan menilai data yang dikemukakan oleh setiap negara pengeluar, bersama-sama dengan maklumat dari agensi-agensi seperti IHS Cambridge Energy Research Associates, Argus Media Ltd. dan Agensi Tenaga Antarabangsa, kata Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak.

Jawatankuasa ini akan menilai pematuhan dengan sasaran pengeluaran sahaja, walaupun kumpulan teknikal juga boleh melihat data eksport untuk menyokong analisis, kata Novak.

Harga minyak meningkat kepada tertinggi 18 bulan lebih daripada AS$58 setong selepas OPEC dan beberapa bukan ahli bersetuju untuk menamatkan dua tahun pengeluaran tanpa halangan.

Minyak mentah merosot kira-kira lima peratus daripada kemuncak selepas para  pedagang menanti bukti OPEC dan rakan-rakannya akan mematuhi perjanjian tersebut.

Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar di dunia, telah melepasi sasaran pengurangan minyak lebih daripada 500,000 tong sehari, kata Al-Falih, manakala Algeria dan Kuwait juga telah mengurangkan ke tahap di luar sasaran.

Lain-lain anggota OPEC seperti Iraq dan Venezuela belum mencapai kuota tetapi mengatakan komitmen untuk mencapainya.

Al-Falih berharap semua negara akan mencapai pematuhan penuh dengan perjanjian itu bulan depan dan ramalan yang penuh stok simpanan global minyak mentah akan kembali ke paras normal pada pertengahan tahun.

Perjanjian itu tamat pada akhir bulan Jun, walaupun pengeluar akan membincangkan pada bulan Mei sama ada untuk melanjutkan, kata Kuwait Al-Marzouk.

Rusia telah mengehadkan pengeluaran secara purata sebanyak 100,000 tong sehari.

Pengeluar terbesar yang terlibat dalam perjanjian itu berkata, ia akan membuat pengurangan harian sebanyak 300,000 tong pada April atau Mei.

Pengeluaran OPEC merosot sebanyak 220.900 tong sehari kepada 33.085.000 sehari pada bulan Disember, yang diketuai oleh kejatuhan di Arab Saudi dan Nigeria, menurut data OPEC yang diterbitkan pada 18 Januari.
OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran kepada 32.5 juta tong sehari, walaupun jumlah itu termasuk kira-kira 740,000 tong sehari daripada bekas ahli, Indonesia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast