Donald Trump dan Benjamin Netanyahu dalam satu pertemuan di Trump Tower.

WASHINGTON – Donald Trump menjemput Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melawat Washington pada awal Februari ini melalui panggilan telefon.

Pertemuan itu dijangka penting bagi membincangkan pengukuhan hubungan Amerika Syarikat (AS) – Israel.

“Presiden AS dan Perdana Menteri bersetuju untuk terus berunding rapat dalam pelbagai isu serantau, termasuk menangani ancaman yang ditimbulkan oleh Iran,” kata White House dalam satu kenyataan.

Trump berkata, perdamaian antara Israel dan Palestin hanya boleh dirundingkan antara kedua-dua pihak, tetapi AS akan bekerjasama dengan Israel untuk mencapai matlamat tersebut.

Hubungan antara Israel dan pentadbiran Obama berakhir dengan perbalahan, apabila AS enggan memberi veto resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) mengarahkan penempatan bangunan Israel.

Kenyataan dari Rumah Putih tidak melibatkan pertukaran kedutaan AS di Israel ke Jerusalem dari Tel Aviv, suatu tindakan yang mungkin akan mencetuskan kemarahan dunia Arab.

Awal semalam, White House berkata, ia hanya di peringkat awal perbincangan untuk menunaikan janji kempen Trump dalam pembinaan semula kedutaan.

Kedutaan Washington di Tel Aviv adalah sama dengan kebanyakan jawatan diplomatik asing.

Israel menyifatkan Jerusalem sebagai ibu negara yang kekal, tetapi rakyat Palestin juga mendakwa bandar itu sebagai sebahagian daripada negara Palestin.

Akhirnya, kedua-dua pihak tuntutan melalui kitab, sejarah dan politik.

Sebarang keputusan untuk berpisah daripada status quo itu mungkin mendapat bantahan daripada sekutu AS di Timur Tengah seperti Arab Saudi, Jordan dan Mesir.

Washington bergantung kepada negara-negara itu untuk membantu dalam memerangi kumpulan militan ISIS, pada masa sama Trump membuat kenyataan usaha memerangi kumpulan itu adalah suatu keutamaannya.

Kongres Amerika Syarikat meluluskan undang-undang pada tahun 1995 menggambarkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel dan berkata ia tidak boleh dibahagikan.

Namun, Presiden Republikan dan Demokratik telah menggunakan kuasa dasar luar mereka untuk mengekalkan kedutaan di Tel Aviv dan menyokong rundingan antara Israel dan Palestin mengenai status Jerusalem.

Pada awal Disember, Presiden Barack Obama telah memperbaharui pengecualian presiden berhubung perpindahan kedutaan sehingga sehingga awal Jun. Tidak jelas sama ada Trump akan dapat mengatasinya secara sah dan meneruskan penempatan semula kedutaan.

Diplomat Amerika mengatakan walaupun perundangan negara itu, dasar luar Washington diamalkan secara meluas, sejajar dengan PBB dan kuasa-kuasa besar yang lain, yang tidak melihat Jerusalem sebagai ibu kota Israel dan tidak iktiraf pengambilalihan Baitulmuqaddis Timur selepas ditawan pada tahun 1967 semasa Perang Timur Tengah.

Israel meluluskan permit bangunan pada hari Ahad bagi beratus-ratus rumah di tiga penempatan Baitulmuqaddis Timur dengan jangkaan Trump akan menyokong projek tersebut. – MalaysiaGazette