SIK 24 Jan – Seorang remaja perempuan parah akibat ditikam oleh abang kandungnya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Chepir, di sini.
Kejadian itu berlaku dalam rumah mereka kira-kira pada pukul 5.30 pagi ini.
Bapa mangsa yang menyedari kejadian itu segera ke bilik mangsa dan mendapati remaja berusia 14 tahun itu dalam keadaan berlumuran darah.
Polis telah menahan suspek yang berusia 15 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.