NEW YORK – Harga minyak naik lebih tinggi menjelang dengan jangkaan data inventori mingguan Amerika Syarikat menunjukkan bukti pengeluaran pasaran global yang semakin ketat, selari dengan penurunan oleh OPEC dan pengeksport lain.
Niaga hadapan Brent meningkat 0.4 peratus, untuk ditutup pada AS$55.44 setong, manakala West Texas Intermediate (WTI) bertambah 0.8 peratus, kepada AS$53.18 setong.
Harga WTI naik empat hari berturut-turut, satu pencapaian cemerlang paling lama sejak akhir Disember.
OPEC berkata, hampir 1.8 juta tong sehari telah dipersetujui untuk dikurangkan daripada pasaran sejak 1 Januari dan setakat ini telah mencapai 1.5 juta tong.
Pengeluaran minyak Arab Saudi menurun sekitar 9.9 juta tong sehari pada bulan Januari berbanding 10.47 juta tong pada bulan Disember.
Bernstein Energy berkata, inventori minyak global merosot 24 juta tong kepada 5.7 tong pada suku keempat tahun lalu berbanding tahun kesebelumnya.
Jumlah itu kira-kira 60 hari penggunaan minyak dunia.
“Ia adalah penurunan terbesar sukuan sejak suku keempat tahun 2013, mengesahkan kedudukan minyak berada di bawah bekalan berbanding terlebih bekalan,” kata Bernstain dalam nota penyelidikannya. – MalaysiaGazette