Home Ekonomi Ringgit lemah, harga minyak naik

Ringgit lemah, harga minyak naik

SINGAPURA – Harga minyak meningkat didorong oleh kelemahan dolar tetapi kenaikan dihadkan oleh bekalan dan inventori yang masih banyak walaupun usaha untuk mengurangkan pengeluaran sedang dilakukan bagi menaikkan pasaran.

Harga niaga hadapan minyak mentah Brent naik kepada AS$55.44 setong manakala West Texas Intermediate (WTI) pada AS$53.07 setong.

Menurut pedagang, kenaikan harga minyak dipacu oleh kelemahan dolar, yang menyaksikan kerugian 3.9 peratus sejak kemuncak Januari.

Sejak minyak didagangkan dalam dolar, penurunan nilai menyebabkan pembelian minyak kurang mahal bagi negara-negara yang menggunakan mata wang lain, merangsang permintaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast