Home Dunia Korea Utara buka semula operasi reaktor

Korea Utara buka semula operasi reaktor

NEW YORK – Imej satelit komersial baru menunjukkan Korea Utara telah membuka semula operasi reaktor di tapak nuklear utama yang digunakan menghasilkan plutonium untuk program senjata nuklearnya, menurut kumpulan pemikir Amerika Syarikat.

Projek pemantauan 38 North Korea Utara oleh Washington berkata, analisis yang dijalankan dari 18 Januari menunjukkan tanda-tanda Korea Utara telah bersedia untuk memulakan semula reaktor di Yongbyon telah memunggah bahan bakar untuk pemprosesan semula untuk menghasilkan plutonium tambahan untuk simpanan senjata nuklearnya.

“Imejan dari 22 Januari menunjukkan kepulan air (yang paling mungkin panas) yang berasal dari salur keluar air penyejuk reaktor, satu petunjuk reaktor plutonium sedang beroperasi semula,” kata laporan oleh kumpulan pemikir itu.

Ia berkata, adalah mustahil untuk menganggarkan tahap kuasa reaktor itu, “walaupun ia mungkin agak besar.”

Operasi reaktor itu telah digantung sejak lewat 2015.

Korea Utara telah mengekalkan program nuklear dan peluru berpandu yang melanggar peraturan meskipun berulang kali menerima sekatan antarabangsa.

Laporan tentang reaktor itu muncul ditengah-tengah kebimbangan program senjata Korea Utara semasa pentadbiran Donald Trump dengan krisis besar yang pertama.

Satu laporan oleh pakar nuklear terkemuka Amerika Syarikat, Siegfried Hecker diterbitkan oleh 38 North September lalu menganggarkan Korea Utara mempunyai stok simpanan 32-54 kg (70-119 paun) plutonium, cukup untuk enam hingga lapan bom dan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 6 kg, atau kira-kira bernilai satu bom setiap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast