Sedutan video tahun baru Cina menunjukkan Khalid dan Rafizi kononnya 'sembah' ayam putih.

KUALA LUMPUR – Sekali lagi video sempena Tahun Baru Cina oleh pemimpin DAP, Teresa Kok menjadi kontroversi.

Kali ini video tersebut seperti biasa berbaur politik walaupun untuk perayaan tahun baru dan kali ini menjadi kecoh apabila ada babak Khalid Samad dan Rafizi dikatakan ‘menyembah’ ayam putih pula.

Ia bagaimanapun didakwa oleh penyokong Parti Harapan telah diedit oleh penyokong cybertrooper Pas di dalam media sosial.

Sebelum ini, Teresa mengeluarkan video Tahun Baru Cina yang ‘menyindir’ isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kali ini mereka menyindir Datuk Seri Najib Razak pula.

Cerita mengenai seekor ayam jahat yang disebut seakan-akan nama Najib iaitu Na (that) dan Ji (chicken) yang akhirnya ditangkap dan dikurung (dipenjara) jelas berbaur politik menghina.

Selain Teresa, Rafizi dan Khalid, video yang sama turut mengambil anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha dan ADUN Balakong, Ng Tien Chee dan ADUN Kinrara, Ng Sze Han.

Walaupun wakil parti daripada Pakatan Harapan ada wakil dalam video itu namun tidak ada wakil daripada PPBM.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast