Dr. Lim Chin Fui

KUALA LUMPUR – MCA Negeri Sembilan mengenalpasti 12 kerusi akan dipertandingkan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) ini.

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Lim Chin Fui, daripada jumlah itu, dua adalah kerusi Parlimen, manakala 10 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau turut berkata, parti itu juga telah selesai menyenaraikan senarai nama calon untuk bertanding di kerusi Parlimen dan DUN.

“Seramai 12 calon ini melibatkan gabungan muka lama, muka baharu dan calon wanita,” katanya pada majlis Tahun Baharu Cina di Negeri Sembilan, hari ini.

Pada PRU 13, semua 12 calon MCA yang bertanding di dua kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN kalah teruk kepada pembangkang.

Dua kerusi Parlimen yang dipertandingkan MCA ialah Seremban (Datuk Yeow Chai Thiam) dan Rasah (Teo Eng Kian).

Bagaimanapun, menurut Chin Fui, pihaknya yakin parti itu dapat merampas kembali 12 kerusi yang ditewaskan DAP pada PRU-14 ini.

“Perpaduan masyarakat Cina dan penyokong MCA di Negeri Sembilan semakin utuh dan ia menjadi kekuatan kepada kami untuk menghadapi PRU-14.

“Saya juga dapat lihat semangat kaum Cina sudah balik kepada MCA,” katanya.

Pada PRU-13, MCA bertanding dan kalah di kerusi Parlimen Rasau serta Seremban, manakala DUN ialah Chennah, Bahau, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Senawang, Chuah dan Lukut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast