Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam satu mesyuarat tergempar hari ini menggantung tugas Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta merta.

Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan MARA Bhd. (PMB) juga digantung berkuatkuasa serta-merta.

Dengan itu, semua tugas Annuar akan dipangku oleh Ahli Majlis MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob yang telah mempengerusikan mesyuarat tergempar tersebut bersama Prof. Emeritus Datuk Dr. Abu Azam Md Yassin.

Menurut Yusof, Annuar telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.- MalaysiaGazette