Beginilah keadaan kenderaan yang rosak akibat dihempap tanah runtuh dalam kejadian di di Sekolah Antarabangsa Lorong Datuk Sulaiman 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya dua kenderaan rosak dalam kejadian tanah runtuh di Sekolah Antarabangsa Lorong Datuk Sulaiman 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada pukul 7.18 pagi.

Katanya, seramai 15 anggota dari dua buah balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TTDI dan BBP Sri Hartamas digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlakunya runtuhan tembok dinding sekolah dipercayai berpunca dari runtuhan tanah.

“Tindakan operasi anggota membuat ‘size-up’ bagi memastikan keadaan berada dalam selamat,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, selain melibatkan dua buah kenderaan, insiden itu turut mengakibatkan kerosakan pada sebahagian bangunan sekolah termasuk bilik darjah, bilik guru, tandas dan perpustakaan.

Katanya, tindakan lanjut diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala (DBKL) dan operasi menyelamat terkawal pada pukul 7.55 pagi.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang mangsa. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast