DUBAI – Memang bukan biasa tetapi itulah berlaku dalam sebuah pesawat apabila ia bukan sahaja dipenuhi dengan manusia tetapi juga burung helang.
Ia berlaku apabila seorang putera Arab Saudi membeli tiket penumpang untuk 80 ekor burung tersebut.
Gambar-gambar burung berkenaan dalam pesawat yang disiarkan di laman Reddit menunjukkan setiap ekor burung itu berada dalam pesawat bersama-sama penumpang lain.
Setiap ekor burung helang itu diikat pada tempat duduk.
Penerbangan untuk helang yang menjadi burung kebangsaan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) bukan sesuaitu yang pelik di Timur Tengah.
Sebaliknya, helang boleh memiliki pasport hijau untuk terbang di UAE ke Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Maghribi Pakistan dan Syria.
Laman sesawang Qatar Airways juga memaklumkan syarikat penerbangan itu boleh membawa maksimum enam ekor helang dalam penerbangan kelas ekonomi.
Jurucakap Flydubai berkata, helang yang hendak dibawa dalam penerbangan mesti mempunyai tempat duduk sendiri, dengan kain yang diletakkan di bawah mereka untuk mengelakkan kemalangan.
Etihad Airways juga membolehkan helang di atas pesawat. – MalaysiaGazette