Presiden JMMM, Datuk Azwandin Hamzah.

JOHOR BAHRU – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) siasat dakwaan skandal seks membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, siasatan perlu kerana nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu disebut dalam akuan bersumpah (SD) bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan Muhyiddin ada hubungan dengan isterinya, Nika Gee Siew Yee.

“Siasatan perlu dijalankan kerana secara jelas nama Muhyiddin disebut hampir empat kali dalam SD berkenaan dan kes perceraian terbabit,” katanya pada sidang media selepas memberi keterangan di Pejabat Peguatkuasaan JAINJ di sini hari ini.

Menurut Azwanddin, pihaknya turut menyerahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2015 berkaitan perceraian Stanley dan bekas isterinya kepada JAINJ.

Azwanddin menyerahkan dokumen berkenaan kepada Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINJ, Saiful Najib Hassan.-MalaysiaGazette