Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Data kajian Indeks Pengurus Pembelian Pengilangan Malaysia Nikkei (PMI) menunjukkan sektor pengilangan tempatan telah melalui tempoh paling sukar berikutan persekitaran operasi yang semakin buruk dan lembap.

Menurut kenyataan daripada Nikkei hari ini, bulan Januari menyaksikan kelembapan dalam sektor pengeluaran dan tempahan bahari dengan bahagian pengeluaran menysut ke paras terendah dalam tempoh satu setengah tahun.

“Aktiviti pembelian juga menguncup pada kadar yang lebih rendah meskipun secara keseluruhannya masih kukuh,” katanya.

Nikkei Malaysia PMI mencatatkan 48.6 mata pada Januari, meningkat berbanding 47.1 pada Disember yang menunjukkan berlakunya masalah secara perlahan-lahan kepada persekitaran operasi pengeluar barangan tempatan.

Bacaan terbaharu merupakan angka tertinggi dalam tempoh 20 bulan sejak April 2015.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast