GENEVA – Pasukan keselamatan Myanmar telah melakukan pembunuhan beramai-ramai dan merogol komuniti Islam Rohingya serta membakar kampung mereka sejak Oktober dalam usaha melakukan pembersihan etnik, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Saksi-saksi yang memberi keterangan mendedahkan berlaku pembunuhan bayi, kanak-kanak, kanak-kanak, wanita dan warga tua; membakar orang secara hidup-hidup; membakaran keseluruhan kampung; penahanan besar-besaran; rogol secara besar-besaran dan keganasan seksual; memusnahkan makanan dan sumber makanan” dengan sengaja, menrut laporan badan itu.

Seorang wanita memberitahu penyiasat PBB bagaimana kerongkong bayi lelaki berusia lapan telah ditoreh.

Seorang lagi telah dirogol oleh tentera dan melihat anak perempuannya berusia lima tahun dibunuh kerana cuba untuk menghalang mereka.

“Kekejaman yang amat buruk terhadap kanak-kanak Rohingya,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Hak Asasi Manusia, Zeid Ra’ad al Hussein dalam satu kenyataan.

Sekitar 66,000 orang telah melarikan diri dari bahagian utara Rakhine ke Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan operasi keselamatan sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas pos-pos sempadan polis pada 9 Oktober, kata laporan PBB.

Bagaimanapun, PBB menganggarkan jumlah yang melarikan diri sebanyak 69,000 orang.

“Operasi pembersihan kawasan itu mungkin telah menyebabkan beratus-ratus kematian. Sebahagian kampung-kampung mereka ditembak dari helikopter dan menjatuhkan bom ke atas mereka, kata laporan itu.

Pendedahan itu dibuat hasil siasatan empat penyiasat PBB daripada 220 mangsa Rohingya yang lari menyelamatkan diri dari Maungdaw, Rakhine ke daerah Bazar, Bangladesh.

Hampir separuh memberitahu ahli keluarga mereka telah terbunuh dan hilang manakala 101 orang wanita telah dirogol dan keganasan seksual yang lain.

Testimoni menunjuk kepada penganiayaan yang dibuat sama seperti ‘pembersihan etnik’,” kata ketua misi PBB Linnea Arvidsson pada taklimatnya.

Tambahnya, hasil kajian dan realiti ini adalah benar-benar begitu jelas bahawa sesuatu perlu dilakukan -. Untuk akauntabiliti, terutamanya untuk menghentikan keganasan.

Beliau berkata, Majlis Hak Asasi Manusia PBB boleh merujuk isu itu kepada Majlis Keselamatan PBB, yang mempunyai kuasa untuk meluluskannya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Para penyiasat mengambil bukti termasuk gambar peluru dan luka pisau, terbakar dan kecederaan akibat dipukul dengan belakang senapang atau batang buluh.

Myanmar, sebuah negara kebanyakannya Buddha yang mana Aung San Suu Kyi adalah pemimpin de facto telah menafikan hampir semua dakwaan pencabulan hak asasi manusia di utara Rakhine dan berkata, kempen menentang pemberontakan sedang dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast