KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) tidak membuat bayaran bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk bulan Februari 2025.
Ia kerana, pada bulan lalu, harga purata peringkat ladang bagi getah cuplump di Semenanjung adalah RM3.85 sekilogram, Sabah (RM3.50 sekilogram) dan Sarawak (RM3.40 sekilogram).
IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3 sekilogram ke bawah.
Menurut LGM, IPG lateks juga akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif dan kadar G lateks ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100% Kandungan Getah Kering (KGK).
IPG akan dibayar kepada pekebun kecil getah warga Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.- MalaysiaGazette
kerajaan diharap dapat awalkan gaki kakitangan awam bagi memudahkan persiapan hari raya idul fitri. Apakah tidak ada berita gembira tentang bantuan khas hari raya untuk tahun ini. Berilah RM1000. seorang