Jamal Md. Yunus

KUALA LUMPUR 3 Feb – Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung serbuan ke atas beberapa premis perjudian di sekitar Selangor, akhir tahun lepas.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Jamal sehingga 7 Feb.

Di luar Mahkamah Majistret Ampang dekat sini, peguam Zamri Idrus yang mewakili Jamal memberitahu media bahawa anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Beliau berkata Jamal ditangkap disebabkan satu laporan polis terhadap anak guamnya itu dan tempoh tahanan reman tersebut dikeluarkan kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu ditahan di kediamannya pada 3 petang semalam.

Pada Disember tahun lepas, Jamal bersama beberapa yang lain telah “menyerbu” beberapa premis yang menjalankan kegiatan judi di Ampang, Selangor. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast