AUSTRALIA – Tigerair membatalkan semua penerbangannya ke Pulau Bali hari ini selepas ia gagal mendapat kelulusan daripada pengawal selia Indonesia.
Pembatalan itu telah menjejaskan enam penerbangannya.
Beratus-ratus pelancong terkandas di Bali pada bulan lalu selepas syarikat penerbangan itu didakwa melanggar peraturan negara tersebut.
“Kami telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa Indonesia supaya berpindah kepada model operasi bahasi yang dijangka mengambil masa enam bulan untuk dilaksanakan,” kata Ketua Eksekutif Tigerair, Rob Sharp.
Sharp berkata, syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan Virgin untuk membawa balik penumpangnya di Bali ke Australia.
Tigerair berkata, para pelanggan yang telah menempah tiket ke pulau itu akan dikembalikan wang mereka. – MalaysiaGazette