GAZA – Gangguan bekalan elektrik tidak menghalang seorang tukang gunting melakukan tugasnya, iaitu dengan cara yang berlainan dia menggunakan api untuk meluruskan rambut pelanggan beliau, lapor akhbar India, Mid-Day.
Bekalan elektrik yang terputus di selatan Gaza menyebabkan Ramdan Edwan, 37, menggunapakai teknik itu berbanding menggunakan alat pengering rambut.
Beliau terlebih dahulu meletakkan bedak dan cecair mudah terbakar di kepala pelanggannya sebelum menyalakan api, tambah laporan itu.
Ramdan kemudian membentuk gaya potongan rambut dengan menggunakan sikat ketika api masih menyala sehingga menepati kehendaknya.
Ini bukannya kali pertama tukang gunting rambut menggunakan teknik api, baru-baru ini seorang tukang gunting rambut di Madrid turut menggunakan teknik sama.