AMERIKA SYARIKAT – Penyanyi popular antarabangsa, Justin Bieber kembali aktif buat kali kedua di Instagram selepas memadam akaun laman sosial popular itu pada Ogos tahun lalu.

Billboard melaporkan Justin memuat naik video iklan T-Mobile Super Bowl di laman sosial miliknya itu yangmemaparkan dirinya  sebagai duta jenama itu.

Video berkenaan sehingga kini sudah pun mendapat 5.7 juta tontonan dan hampir 400,000 komen yang rata-rata gembira dengan kemunculan semula penyanyi itu di Instagram.

Pada November tahun lalu, Justin secara terbuka memberitahu, dia berhenti menggunakan Instagram kerana menyifatkan laman sosial itu sebagai ‘neraka’.

“Instagram adalah untuk syaitan. Saya rasa neraka itu adalah Instagram, saya 90 peratus pasti.

“Kita dihantar ke Instagram yang seperti neraka dan tidak akan jumpa jalan keluar walaupun puas mencuba,” katanya.

Sebelum ini, Justin bertindak memadam akaunnya selepas bergaduh besar dengan teman wanitanya, Selena Gomez berhubung komen yang dibuat terhadap peminat yang gemar menghentam wanita yang disukainya.

Justin yang mempunyai 77.3 juta pengikut di Instagram sebelum ini dikaitkan dengan model Sofia Richie. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast