LEICESTER – Pemain sayap Manchester United, Henrikh Mkhitaryan yakin Zlatan Ibrahimovic mampu untuk menjaringkan lebih 30 gol untuk kelab musim ini.

Penyerang prolifik itu kini telah merakamkan 20 gol dalam semua pertandingan termasuk kemenangan 3-0 awal pagi tadi ke atas Leicester City apabila 15 daripadanya telah dilakukannya dalam Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, Mkhitaryan yang turut menjaringkan gol dalam kemenangan di Stadium King Power percaya masih terdapat banyak lagi yang akan dilakukan rakannya yang berusia 35 tahun itu.

“Ini adalah Zlatan Ibrahimovic, anda perlu mengharapkan prestasi seperti ini berteruskan. Saya sendiri pasti bahawa beliau boleh menjaringkan mungkin 30, 35 gol musim ini, jika tidak lebih,” katanya kepada MUTV.

“Semua orang tahu beliau adalah seorang pemain bintang besar dan saya sangat teruja dan gembira kerana dia terus menjaringkan banyak gol.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast