Note 7

SEOUL – Korea Selatan berkata ia akan mengetatkan tahap keselamatan bateri ion lithium dan melakukan pemeriksaan secara kerap bagi mengelakkan insiden kebakaran sehingga menyebabkan Samsung Electronics Co. Ltd terpaksa menarik semula telefon pintar premium Galaxy Note 7 berulang.

Reuters melaporkan, Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga dalam satu kenyataan berkata, pengeluar-pengeluar bateri ion lithium akan dipantau dan diperiksa secara kerap.

Peralatan-peralatan yang menggunakan bateri ion juga akan diuji tahap keselamatannya secara kerap.

“Kami meminta pihak industri berkogsi pandangan bagaimana untuk memastikan tahap keselamatan juga dititik beratkan sama seperti pentingnya membangunkan produk-produk baharu menerusi inovasi teknologi,” kata Timbalan Menterinya, Jeong Marn-ki dalam kenyataan tersebut.

Kerajaan juga akan memantau usaha-usaha Samsung untuk menambah baik keselamatan bateri seperti ujian x-ray serta standard yang lebih ketat semasa proses rekaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast