Selva Kumar Subbiah

SEPANG – Bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada tiba di tanah air hari ini.

Difahamkan, dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha.

Sebaik tiba, Selva Kumar, 56, kemudian difahamkan dibawa ke Pusat Operasi Imigresen KLIA untuk direkodkan keterangan oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen.-

Sementara itu, Sabah menjadi negeri pertama mengharamkan Selva memasuki kawasannya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilaporkan berkata, lelaki berusia 56 tahun itu tidak diterima negeri itu kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.-MalaysiaGazette

 


 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast