KOTA KINABALU- Sabah tidak membenarkan perogol bersiri, S. Selva Kumar daripada memasuki negeri berkenaan.

Menurut laporan Bernama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, Selva dikira sebagai individu berisiko tinggi dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam terutama wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak mahu mengambil risiko dengan membiarkan individu merbahaya ini datang ke negara ini.

Kami mahu melindungi rakyat kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Musa berkata, arahan kepada Jabatan Imigresen Sabah untuk melarang Selva Kumar daripada memasuki negeri tersebut dikuatkuasakan serta-merta.

Selva Kumar, 56, kembali ke Malaysia hari ini selepas menjalani hukuman penjara selama 24 tahun di Kanada selepas didapati bersalah terhadap 19 kesalahan serangan seksual, 28 kesalahan penggunaan dadah dan pelbagai kesalahan lain lagi. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast