Home Nasional Singapura pilih Aecom jalan kajian kejuruteraan HSR

Singapura pilih Aecom jalan kajian kejuruteraan HSR

SINGAPURA – Firma kejuruteraan rekaan, Aecom telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura untuk menjalankan kajian kejuruteraan tambahan bagi jajaran landasan projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungan negara itu dan Malaysia.

Aecom akan menyediakan kerja-kerja rekaan, sivil, elektrik, mekanikal dan perkhidmatan rekaan lain yang diperlukan untuk jambatan merentasi tambang Johor, terowong dan laluan landasan akhir (terminus).

LTA berkata, Aecom yang berpangkalan di Los Angeles itu dipilih dalam proses tender yang cukup kompetitif.

“Mereka membawa pengalaman yang luas dalam projek-projek HSR antarabangsa, termasuk dalam perancangan dan reka bentuk HSR Stesen Selatan Beijing di China, keretapi kelajuan tinggi 2 di United Kingdom dan Terminus West Kowloon bagi Express Rail Link di Hong Kong,” LTA berkata.

Aecom juga mempunyai rekod yang kukuh di Singapura dan telah menjalinkan kerjasama dengan LTA untuk reka bentuk Line Circle, Downtown Line, Thomson-East Coast Line dan Tuas West Extension.

Ia juga melaksanakan kajian perundin kejuruteraan bagi Sistem Transit Rapid antara Singapura dan Johor Bahru yang sepatutnya siap pada tahun depan tetapi dipanjangkan kepada tahun 2019 selepas Singapura memutuskan untuk memanjangkan Thomson-East Coast Line.

Projek HSR itu melibatkan perjalanan sepanjang 350 kilometer dijangka siap pada tahun 2026. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast