KUALA LUMPUR –  Pelakon Erin Malek selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada petang Jumaat lalu.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Erin sendiri di laman Instagram miliknya.

Menerusi muatnaik gambar tersebut, Erin turut berkongsi jantina bayi tersebut.

Syukur Alhamdulillah. Introducing Faliq’s little sister, Nur Aisha Binti Mohamed Farriz. She was delivered on the 10th February 2017 at 4.25pm. Thank you for all your prayers,” katanya.

Pada 1 Oktober 2015, Erin yang sebelum ini mengandung anak kembar lelaki tetapi selamat melahirkan seorang sahaja bayi sulungnya.

Erin dan Mohamed Farriz berkahwin pada 10 Oktober 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast