Agus Harimurti Yudhoyono

JAKARTA – Anak Susilo Bambang Yudhoyono  mengakui kalah dalam pilihan raya gabenor selepas ketinggalan jauh di belakang Basuki Tjahaja Purbama dan Anies Baswedan.

Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai Ahok kini berhadapan dengan pesaing rapatnya Baswedan.

“Dalam pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Ada saat kita gembira atau sedih. Inilah realiti kehidupan. Saya percaya apa yang berlaku ada sebabnya,” kata Agus Harimurti Yudhoyono dalam ucapannya.

Pada pusingan pertama Ahok berjaya memperoleh 42.87 peratus undi, diikuti rapat oleh Baswedan dengan 39.76 peratus undi, menurut Jakarta Post.

Undian semula bagi calon pilihan penduduk Jakarta akan diadakan pada 19 April. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast