KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menyerahkan mayat abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam sehingga keluarganya memberikan sampel DNA meskipun Pyongyang meminta mayat mangsa pembunuhan di klia2 itu dipulangkan.

“Setakat ini, tiada seorang pun ahli keluarga atau waris mangsa hadir untuk proses pengecaman mahu pun menuntut mayat beliau.

“Kami memerlukan sampel DNA ahli keluarga mangsa untuk dipadankan dengan profil mangsa bunuh tersebut.

“Korea Utara telah menghantar permintaan untuk menuntut mayat tersebut tetapi sebelum diserahkan kami perlu memastikan siapakah pemilik sebenar mayat berkenaan,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat kepada AFP hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi telah mengesahkan lelaki yang dibunuh di Klia2 pada Isnin lalu adalah Kim Jong-Nam, abang tiri Kim Jong-un berdasarkan pasport yang dibawa oleh mangsa.

Ahmad Zahid juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk menunaikan permintaan Pyongyang yang mahu mayat tersebut dipulangkan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast