Keadaan di tempat kejadian.

JOHOR BAHRU – Lapan maut manakala empat lagi parah apabila basikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, dalam kejadian awal pagi tadi di Johor Bahru.

Dalam kejadian itu sebuah kereta dilaporkan merempuh sekumpulan remaja berbasikal menghala ke Dataran Bandaraya Johor Bahru bersebelahan tanah perkuburan Mahmoodiah.

Laporan awal menyebut sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dipandu seorang wanita datang dari arah Petronas Lingkaran Dalam, merempuh sekumpulan remaja berbasikal yang berada di bahu jalan.

Salah seorang mangsa yang dirempuh ketika berbasikal.
Salah seorang mangsa yang dirempuh ketika berbasikal.

Enam maut ditempat kejadian manakala 6 orang lagi telah dikejarkan Ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Bagaimanapun dua daripadanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Empat lagi mangsa dilaporkan parah. Pemandu wanita tersebut telah direman untuk disoal siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast