Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama untuk pertandingan Dogathon pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017.

SERDANG – Bukit Ekspo di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini ‘ditawan’ oleh ratusan anjing.

Ada macam-macam jenis anjing peliharaan dapat dilihat dan pelbagai jenis baka – dari kecil molek sampai ke besar paras pinggang manusia.

Itu yang dapat dilihat dalam Dogathon 2017 anjuran Fakulti Perubatan Veterinar UPM bagi memberi kesedaran kepada penjaga binatang peliharaan mengenai penjagaan haiwan itu secara betul.

Salah Seorang peserta pertandingan "Dog n You" memberi arahan kepada anjing perliharaannya pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017.
Salah Seorang peserta pertandingan “Dog n You” memberi arahan kepada anjing perliharaannya pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017.

Ia juga platform menemukan antara peminat-peminat anjing dari seluruh negara berkongsi pengalaman dan tip penjagaan sesama sendiri.

Mereka juga berpeluang membawa anjing masing-masing mendapatkan rawatan kesihatan selain mendapatkan peralatan dan makanan di gerai yang disediakan.

Pertandingan larian anjing juga dianjurkan dan menarik perhatian pengunjung melihat keletah anjing-anjing yang menyertainya.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini (tengah) dan Miss Selangor, Joannan Joseph (berdiri dua kanan) bergambar bersama pemenang selepas penyampaian hadiah pertandingan Dogathon pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017.

Ia dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Datin Dr. Aini Ideris yang memuji penganjuran Dogathon yang sudah mencecah tahun ke-20 tahun ini.

Tinjauan mendapati, pelajar Melayu jurusan veterinar UPM juga tidak kekok memegang anjing semasa mengadakan pemeriksaan.

Dua orang pelajar vaterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi perkhidmatan pemeriksaan haiwan perliharaan secara percuma kepada pengunjung pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI, 19 FEBRUARI 2017

Selain itu, ada juga orang Melayu membawa keluarga hadir melihat aksi haiwan peliharaan itu hari ini.

Bagaimanapun mereka tahu batasan dengan tidak melakukan aksi keterlaluan seperti memeluk, mencium anjing dan insiden seperti dalam program I Want To Touch A Dog yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Program I Want Touch A Dog sebelum itu menimbulkan kontroversi sehingga menjadi diskusi para ilmuan Islam pada tahun 2014.

Apa pun, walaupun dalam Islam memberi sedikit halangan ‘bergaul’ dengan anjing tetapi bukan menghalang umatnya menghargai haiwan berkenaan yang juga seperti kucing – ada tarikan dan keistimewaannya tersendiri.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast